Keluarga Uchiha
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Keluarga Uchiha pernah diiktiraf sebagai
keluarga terkuat di Konoha dan pakar mengendalikan jurus berelemen api seperti Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術 (Elemen Api: Jurus Bebola
Api) dan Katon: Hōsenka no Jutsu, 火遁・鳳仙火の術 (Elemen Api: Jurus Api
Kenyalang Abadi). Ahli keluarga Uchiha memiliki kekkei genkai Sharingan yang membenarkan mereka
menghafal dan meniru ninjutsu, taijutsu dan genjustu pihak lawan.
PERHATIAN: Butiran jalan cerita yang
nyata menyusul.
Dikatakan salah satu daripada nenek moyang
Uchiha mengasaskan Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha dan majoriti ahli
organisasi tersebut merangkumi ahli keluarga Uchiha. Pada masa kini, hanya dua
orang ahli keluarga yang masih hidup - Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Hal ini kerana Itachi
telah membunuh kesemua ahli keluarganya ketika dia berumur 13 tahun untuk
menguji keupayaanya. Dia melepaskan Sasuke, adiknya atas sebab-sebab yang tidak
diketahui. Itachi memberitahu Sasuke bahawa Sharingan Uchiha mempunyai tujuan
yang misteri dan masih belum diketahui.
Isi kandungan
|
Merupakan ayah kepada Uchiha Sasuke dan
Uchiha Itachi serta suami kepada Uchiha Mikoto. Dia merupakan kapten
kepada Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia selalu mendesak Itachi agar
mengutamakan keluarga Uchiha dan menunjukkan contoh yang baik kerana Itachi
ialah tulang belakang yang menyokong keluarga tersebut. Hubungan mereka berdua
mula bertambah tegang dan Itachi kemudiannya berpendapat bahawa keluarganya
tidak membenarkan Itachi menunjukkan potensi sebenarnya melalui
peraturan-peraturan. Fugaku sendiri mengakui bahawa dia langsung tidak memahami
anak sulungnya. Dia selalu menyisihkan Sasuke tetapi isterinya meyakinkan
Sasuke bahawa Fugaku sebenarnya berasa bangga akan anak bongsunya menyebabkan
dia berasa segan di hadapan Sasuke. Fugaku kemudiannya berasa sangat runsing
apabila memikirkan perangai Itachi kerana dia semakin bersikap antisosial.
Fugaku memesan Sasuke agar tidak mengikuti jejak abangnya. Selepas peristiwa
ini, dia dibunuh oleh Itachi.
Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan
Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui. Dia kemudiannya dibunuh
oleh Itachi.
Merupakan ninja buruan pangkat-S dari Konoha
dan ditanda dalam buku bingo (senarai nama ninja-ninja pangkat-S yang telah
melakukan kesalahan dan harus dibunuh). Sebagai ahli Akatsuki, dia dipasangkan
dengan Kisame untuk menangkap Naruto bagi
memperoleh Kyubi. Tidak seperti pasukan-dua-orang lain dalam Akatsuki, Itachi
dan Kisame dapat berkomunikasi dengan baik.
Itachi tamat pengajian dengan cemerlangnya
pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pda usia 8 tahun, menjadi Chunin pada
usia 10 tahun dan menjadi ketua pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Itachi dilihat
sebagai salah satu ninja terhebat dalam keluarga Uchiha. Ayahnya yang suka
mengambil tahu tentang kerjaya anak sulungnya selalu menganalogikan Itachi
sebagai paip yang menghubungkan keluarga Uchiha kepada Konoha.
Oleh sebab minat ayah Itachi yang mendalam
terhadapnya, ayahnya sering meyisihkan anak bongsunya, Sasuke. Itachi
membimbing dan menemani Sasuke, malah menghadiri majlis pendaftaran rasmi
Sasuke ke Akademi Ninja yang memerlukan kehadiran seorang penjaga. Apabila
Itachi memaklumkan hal ini kepada ayahnya, tempat Itachi di majlis tersebut
diganti oleh Fugaku,
Selepas kes bunuh diri Uchiha Shisui yang dipercayai merupakan
sahabat akrab Itachi, tiga orang ahli keluarga Uchiha bersemuka dengan Itachi
untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku. Mereka bertiga mengesyaki
bahawa Itachi telah membunuh Shisui (maka menjelaskan bahawa Shisui tidak
membunuh diri) kerana situasi dan wasiat yang ditinggalkan tidak berapa
meyakinkan. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Itachi mula
bersikap pelik selepas menganggotai Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha selama
setengah tahun. Selepas digertak oleh salah seorang daripada mereka, Itachi
menyerang dan mengalahkan mereka tanpa banyak masalah. Mereka kemudiannya
memberitahu bahawa Shisui telah ditugaskan untuk memerhatikan gerak geri
Itachi. Apabila ayahnya masuk campur dalam hal ini, Itachi mengatakan bahawa
dia telah hilang keyakinan terhadap keluarga yang lemah dan memalukan ini.
Tetapi, dia masih memohon maaf atas perbuatannya selepas diminta untuk berhenti
oleh Sasuke.
Tidak lama selepas peristiwa tersebut, semua
ahli keluarga Uchiha dibunuh kecuali Sasuke yang berada di Akademi pada masa
pembunuhan. Apabila Sasuke pulang ke rumahnya, dia mendapati semua orang telah
mati dan menjumpai abangnya di sisi mayat ibu bapa mereka. Apabila Sasuke
bertanya tentang motif pembunuhan ini, Itachi menjawab, "Untuk menguji
sejauh mana keupayaanku." Dia mendedahkan bahawa selama ini, dia memainkan
peranan sebagai abang yang penyayang hanya untuk menguji kebolehan Sasuke.
Itachi juga mengaku bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memenuhi
syarat bagi memperoleh Mangekyo Sharingan. Sebelum meninggalkan Konoha, dia
memberitahu Sasuke bahawa Sasuke tidak layak untuk dibunuh dan jika Sasuke mahu
membunuhnya, dia harus membencinya dan memperoleh Mangekyo Sharingan.
Itachi banyak menggunakan ninjutsu dan
genjutsu dalam pertarungan yang dibantu oleh Mangekyo Sharingan. Sharingan
istimewanya membolehkan Itachi menggunakanAmaterasu, 天照 (Sinaran Syurga). Dia juga
boleh mengendalikan gerakan tangan yang diperlukan dalam ninjutsu dengan
kelajuan yang tinggi sehingga tidak dapat diikut oleh pengguna Sharingan lain.
Itachi imun terhadap genjutsu kerana dengan menggunakan Sharingan, dia hanya
perlu meniru dan menggunakan teknik genjutsu lawan terhadap pihak lawannya
semula. Dengan Mangekyo Sharingan, Itachi boleh menggunakan Tsukuyomi, 月読 (Peniru Bulan). Dengan
jurus ini, Itachi boleh menyeksa mangsa selama beberapa hari walaupun
sebenarnya hanya sesaat berlalu di dunia nyata. Strategi utama untuk tidak
terjerumus ke dalam jurus berbahaya tersebut adalah mengelakkan pandangan mata
Itachi dan fokus pada gerakan kakinya seperti yang dikatakan oleh Gai dan
Kakashi. Tetapi, Itachi masih boleh memerangkap seseorang dalam genjutsu dengan
hanya menunjukkan jarinya.Tambahan lagi, Itachi boleh menggunakan Susanoo (須佐能乎) iaitu mencipta raksasa
yang melindunginya. Itachi sememangnya tak berniat untuk mumbunuh ahli
keluarganya tetapi dia di arahkan oleh Hokage ketiga kerana keluarga uchiha
mempunyai niat yang jahat dan niat ini hanya diketahui oleh hokage ketiga.Demi
menyelamatkan dunia ninja Itachi terpaksa membunuh keluarganya.Walaupun banyak
peluang untuk membunuh sasuke ketika mereka bertarung,tetapi Itachi sengaja
melepaskan peluang tersebut kerana dia mahu sasuke membunuhnya kerana dia mahu
sasuke menganggap sasuke sebagai wira kepada keluarga mereka kerana telah dapat
membunuh pembunuh yg membunuh keluarganya.Dalam saat-saat Itachi sebelum mati,
dia memberikan kuasa mangekyo kepada Sasuke. Itachi adalah satu-satunya ninja
yang boleh menewaskan uchiha madara.
Beliau adalah orang yang mengarah Kyuubi
menyerang Konoha. Dia dikenali oleh Kyubi yang mengatakan bahawa chakra Madara
lebih 'terkutuk' daripada chakra miliknya dan kini, Sasuke juga memiliki chakra
sedemikian.
Uchiha
Madara juga ketua Akatsuki, dan menggunakan Pain
(Nagato) untuk menjadi ketua Akatsuki sementara dia berpura-pura menjadi
anggota Akatsuki. Selain itu, Madara juga memiliki kekuatan Sharingan yang
sebenarnya (lebih kuat dari mangekyou sharingan), disebabkan dia adalah pendiri
klan uchiha, sharingan Madara adalah yang paling kuat kerana dia telah membunuh
adiknya untuk menggabungkan mangekyo sharingan miliknya dengan adiknya.
Hasilnya beliau berjaya mendapat sharingan yang paling berkuasa. Beliau bersama
hokage pertama iaitu ketua puak Senju bersama mendirikan Konoha tetepi tewas
ddalam pertarungan untuk jawatan Hokage pertama.
Diketahui bahawa dia pernah menyuruh Pain
(ketua Akatsuki boneka) turun tangan menangkap Naruto. Padahal dari pernyataan
Konan (pembantu Pain) Pain tak pernah kalah dalam setiap pertarungan.
Sepertinya uchiha madara keluar, menjadi salah satu anggota akatsuki dengan
nama tobi (dia mengaku-aku bahwa dia adalah uchiha madara di depan Pain pada
bab 370-an, memang mukanya mirip Obito, kerana itu ada yang menyangka bahwa dia
itu Obito, kemungkinan benar kerana obito mungkin sudah mati lalu diberikan
jiwa uchiha madara) Ini kerana tobi hanya mempunyai 1 mata sharinagan
dipercayai sebelah kiri, selama dia menjadi anggota akatsuki, dia selalu pergi
menyelidiki kekuatan sasuke dan berharap bahwa sasuke membunuh lagi adalah yang
digunakan oleh kakashi. Itachi dan bergabung dengan akatsuki. Sekarang ini
madara telah menguasai mata rinnegan nagato dan akan merampas kyuubi dan
killerbee. Maka perang dunia ninja yang ke empat telah bermula.
Merupakan ibu kepada Uchiha Itachi dan Uchiha
Sasuke serta isteri kepada Uchiha Fugaku. Dia menyayangi Sasuke dan juga
memberi bayangan bahawa apabila suaminya bersendirian dengannya, Mikoto selalu
berbincang tentang Sasuke. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.
Merupakan bekas ninja Chunin Konoha. Dia
merupakan rakan sepasukan Hatake Kakashi dan Rin di bawah bimbingan Hokage Keempat. Obito cuba membuktikan
kekuatannya kepada Kakashi. Obito juga menyukai Rin secara diam-diam.
Dalam misi sabotaj yang ditugaskan kepada
pasukannya, Rin telah diculik oleh ninja lawan. Kakashi bertekad untuk
meneruskan misi dan yakin bahawa musuh tidak akan membunuh Rin buat sementara
waktu. Obito tidak mempercayai Kakashi dan cuba untuk menyelamatkan Rin
seorangan. Obito juga mengatakan bahawa arwah ayah Kakashi,Hatake
Sakumo telah membuat keputusan yang betul dengan
mengutamakan nyawa rakan-rakan seperjuangannya daripada kejayaan misi. Kakashi
kemudiannya berkeputusan untuk membantu Obito menyelamatkan Rin. Demi
melindungi Kakashi yang matanya telah dicederakan oleh ninja lawan, Obito
berjaya membangunkan Sharingan sekaligus membuktikan kekuatannya kepada
Kakashi. Selepas menyelamatkan Rin, seorangan ninja Iwagakure menggunakan Doton: Retsudotenshō, 土遁・裂土転掌 {Elemen Tanah: Rekahan Bumi
di Sekitar Tapak Tangan) untuk mengebumikan mereka bertiga hidup-hidup.
Serangan ini akan menghancurkan Kakashi tetapi Obito mengorbankan dirinya dan
menolak Kakashi bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Obito tahu bahawa dirinya
akan mati tidak lama lagi. Maka, dia memberikan Sharingannya kepada Kakashi
supaya Kakashi boleh menewaskan ninja lawan dan menyelamatkan Rin. Rin, seorang
ninja perubatan memindahkan mata Sharingan Obito ke dalam soket mata kiri
Kakashi. Maka, Sharingan Kakashi dilahirkan. Obito mati dan fikiran terakhirnya
adalah berkenaan Kakashi dan Rin. Dia berhajat untuk meluangkan lebih banyak
masa dengan mereka berdua. Nama Obito kemudiannya terpahat pada monumen yang
mencatatkan nama ninja yang mati semasa melaksanakan misi. Kakashi mula melawat
monumen ini setiap hari demi Obito dan menyebabkannya selalu lewat ke
perjumpaan, sesuatu perangai buruk yang diwarisi daripada Obito. Kakashi juga
sering mengulang kata-kata Obito iaitu "Dalam dunia ninja, mereka yang
tidak mengikuti peraturan adalah sampah, tetapi mereka yang tidak melindungi
rakan seperjuangannya adalah lebih teruk daripada sampah."
Merupakan pakar dalam teknik Shunshin no Jutsu, 瞬身の術 (Translasi Tubuh) dan salah
seorang ninja berbakat dalam keluarga Uchiha. Shisui ialah sahabat akrab Uchiha
Itachi. Malah, Itachi menganggap Shisui sebagai abangnya. Dia dijumpai lemas di
sungai dan dianggap membunuh diri. Tetapi, Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha
mempercayai bahawa Shisui telah dibunuh. Shisui juga ditugaskan untuk mengintip
gerak geri Itachi yang kian berlaku pelik dari hari ke hari. Itachi mengaku
kepada Sasuke bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memperoleh
Mangekyo Sharingan.
Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan
Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Yashirodan Uchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh
oleh Itachi.
Merupakan tuan punya 'Kedai Biskut Beras
Manis Uchiha'. DIa ialah suami kepada Uchiha Uruchi. Dia juga merupakan
saudara kepada Uchiha Fugaku dan bapa saudara kepadaUchiha Sasuke dan Uchiha Itachi. Dia kemudiannya dibunuh
oleh Itachi.
Merupakan pembantu di 'Kedai Biskut Beras
Manis Uchiha' dan isteri kepada Uchiha Teyaki. Juga merupakan ibu
saudara kepada Itachi dan Sasuke. Dia telah memuji bakat Itachi sebelum
peristiwa pembunuhan keluarga Uchiha oleh Itachi.
Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan
Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Tekka danUchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh
oleh Itachi. Sehingga kini, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga Uchiha
yang tidak berambut hitam. Tetapi, hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor
usia.
Jalan cerita tamat di sini.
0 komentar:
Posting Komentar